Latest Updates

Pengambilan Sukarelawan Simpanan Polis (PDRM) Konstabel

PENGAMBILAN SUKARELAWAN SIMPANAN POLIS2013 :
Eksesais pengambilan bagi jawatan Konstabel Sukarelawan Simpanan Polis di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak akan dilanjutkan sehingga 30 November 2013.

Permohonan dan maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi PDRM di www.rmp.gov.my (Sistem Semakan Online - SSO).

Syarat dan kelayakan adalah seperti berikut:

1. JAWATAN KONSTABEL SUKARELAWAN SIMPANAN POLIS LELAKI/WANITA

ELAUN PENUGASAN
• Elaun penugasan RM 6.00 sejam

SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
Warganegara Malaysia
Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 45 tahun pada tarikh temuduga.
Kelayakan:
• Tamat SPM atau setaraf dengannya.
• Mendapat kelulusan dan kebenaran dari Ketua Jabatan/ Majikan untuk berkhidmat sebagai Sukarelawan Simpanan Polis.
• Bersih dari sebarang Rekod Jenayah/ Rekod Cawangan Khas.
• Tidak menjadi ahli anggota lain-lain badan beruniform yang boleh dikerah tenaga di dalam keadaan darurat.
• Pekerja-pekerja dari kumpulan Key Personal seperti Hospital/ TNB (breakdown)/ Telekom (teach), Pegawai Keselamatan/ Jaga yang bertugas dengan Kerajaan/ Badan Berkanun tidak layak memohon.
• Sila sertakan 1 salinan kad pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil Akademik dan Sijil Berhenti Sekolah/ Tamat Sekolah.
• Perkhidmatan Sukarelawan Simpanan Polis adalah tertakluk kepada jadual perintah/ peraturan/ kaedah PVR Regulations 1956, Akta Polis 1967 (Akta 344) dan Perintah Tetap Ketua Polis Negara Bahagian A 502.

KELAYAKAN FIZIKAL
Pemohon – pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:

• Tinggi sekurang-kurangnya: Lelaki: 162cm, Wanita: 152cm
• Berat badan sekurang-kurangnya: Lelaki: 50kg, Wanita: 48kg
• Mempunyai penglihatan yang baik;
• Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat. Dan;
• Diakui sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan termasuk pemeriksaan X-Ray.

Tarikh tutup permohonan pada 30 November 2013
Lokasi : Seluruh Malaysia
Sektor : Kerajaan

Permohonan secara online sila klik disini

sumber

0 Response to "Pengambilan Sukarelawan Simpanan Polis (PDRM) Konstabel"

Post a Comment