Pusat Perubatan UKM merupakan pusat perubatan akademik yang telah diwujudkan oleh penggabungan Fakulti Perubatan dan hospital pembelajaran, Hospital UKM. Penggabungan ini menyatukan pembelajaran yang hebat dan kemampuan penyelidikan para-para ahli akademik, dan kemudahan-kemudahan klinikal yang mantap dengan kakitangan-kakitangan hospital. Langkah inovatif ini mengubah institusi ini untuk menjadikannya salah satu pusat perubatan akademik yang terunggul.
Sejarah pusat ini bermula apabila Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia telah ditubuhkan pada 30hb Mei 1972. Penubuhannya adalah berdasarkan aspirasi rakyat untuk mewujudkan institusi perubatan kebangsaan menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa perantaraan. Aspirasi pada masa itu adalah untuk mengeluarkan doktor-doktor tempatan, yang dilatih dan berkaliber, untuk mengatasi masalah kekurangan doktor di Malaysia, terutamanya untuk berkhidmat di kawasan-kawasan luar bandar. Pada mulanya, Hospital Kuala Lumpur digunakan sebagai hospital pembelajaran.
Pada tahun 1997, Hospital UKM (HUKM) telah dibangunkan sebagai hospital pembelajaran untuk pelajar-pelajar Fakulti Perubatan, UKM. Struktur pentadbiran HUKM diasingkan dari fakulti dan ketuanya merupakan Pengarah Hospital. Pada mula HUKM ditubuhkan, jawatan Dekan dan Pengarah Hospital dipegang oleh seorang pegawai, tetapi sejak tahun 1998, Fakulti Perubatan telah mempunyai Dekannya tersendiri.
Walaubagaimanapun, pada 14hb Disember 2007, Fakulti Perubatan dan HUKM telah digabungkan untuk mewujudkan entiti yang dikenali sebagai Pusat Perubatan UKM (PPUKM), atau UKM Medical Centre (UKMMC), dengan moto Mengintegrasikan Pembelajaran dan Penyelidikan Demi Masyarakat. PPUKM diketuai oleh seorang Dekan merangkap Pengarah yang bertanggungjawab menguruskan semua bahagian akademik, penyelidikan dan perkhidmatan klinikal di Pusat ini.
Jawatan Kosong 2013 bagi kekosongan Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) seperti perkara di bawah ini :Walaubagaimanapun, pada 14hb Disember 2007, Fakulti Perubatan dan HUKM telah digabungkan untuk mewujudkan entiti yang dikenali sebagai Pusat Perubatan UKM (PPUKM), atau UKM Medical Centre (UKMMC), dengan moto Mengintegrasikan Pembelajaran dan Penyelidikan Demi Masyarakat. PPUKM diketuai oleh seorang Dekan merangkap Pengarah yang bertanggungjawab menguruskan semua bahagian akademik, penyelidikan dan perkhidmatan klinikal di Pusat ini.
1. JURUTEKNIK J17
2. JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN U29
3. PEGAWAI KEWANGAN W41
4. PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN U41
5. PEGAWAI PERGIGIAN U41
6. PEGAWAI TADBIR N41
7. PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U17
8. PENGAWAL KESELAMATAN KP11
9. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U41
Tarikh Tutup Permohonan: 14 Julai 2013
Link
0 Response to "Jawatan Kosong Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia"
Post a Comment