Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Latar Belakang
Pada awal tahun 50an, Kuala Lumpur telah mengalami kesesakan akibat pertambahan penduduk yang terlalu pesat dan banyak setinggan wujud di kawasan pinggir Kuala Lumpur. Bagi mengatasi masalah ini, Kerajaan Negeri Selangor telah mengenalpasti tanah kebun getah seluas 1,200 ekar di Jalan Klang Lama bagi mewujudkan sebuah petempatan baru atau kawasan petempatan bagi mengatasi kesesakan serta mengatasi masalah setinggan yang wujud. Penempatan yang terletak di Daerah Petaling ini telah dinamakan sebagai Petaling Jaya bagi menggambarkan harapan perancangan semoga penempatan ini menjadi sebuah pekan yang berjaya.
Pada awal penubuhannya Petaling Jaya memberi keutamaan kepada kerja-kerja pembangunan. Pihak berkuasa telah berusaha menggalakkan pembukaan kawasan-kawasan perindustrian dan kemudahan-kemudahan awam. Pembangunan Petaling Jaya bermula di pekan “Old Town” dengan pembinaan deretan rumah-rumah kedai, balairaya, panggung wayang, stesen bas dan lain-lain. Jalan 1 (satu) yang sekarang dipanggil Jalan Templer merupakan jalanraya pertama yang dibina di Petaling Jaya.
Sehingga akhir tahun 1954, Petaling Jaya diurustadbir oleh Pegawai Daerah Kuala Lumpur dan Lembaga Bandaran Petaling Jaya. Kuasa pentadbiran bandar Petaling Jaya kemudiannya diserahkan kepada sebuah Badan Berkanun iaitu Petaling Jaya Authority. 1hb Januari 1964, merupakan satu detik bersejarah bagi Petaling Jaya kerana melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor G.N Bil 2/1964 sebuah Lembaga Bandaran yang mempunyai ‘Autonomi Kewangan’ telah ditubuhkan untuk mentadbir bandar Petaling Jaya.
Jawatan Kosong 2013 di Majlis Bandaraya Petaling Jaya adalah seperti berikut :
1. Pembantu Kesihatan Awam U17
Tarikh Tutup Permohonan: 23 Julai 2013
LINK
Posted by Unknown
on Wednesday, 17 July 2013,
Add Comment
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Petaling Jaya "
Post a Comment