Latest Updates

Jawatan Kosong Maktab Koperasi Malaysia

















Fungsi

Maktab Koperasi Malaysia (MKM) yang sebelum ini di kenali sebagai Maktab Kerjasama Malaysia adalah merupakan satu-satunya pusat latihan koperasi  di negara ini.

Ketika ditubuhkan dalam tahun 1956, keperluan kewangannya dibiayai oleh Colonial Welfare dan Development Fund, manakala kerajaan pula telah memberikan sumbangan yang amat besar bagi menggalakkan pembangunan MKM keseluruhannya.

Dalam tahun 1968, MKM telah diiktiraf sebagai sebuah badan berkanun melalui Akta  Maktab Kerjasama (Perbadanan) 1968 yang di luluskan oleh Parlimen pada 11 September 1968.  Sesuai dengan peredaran masa, Parlimen telah meluluskan Akta Maktab Kerjasama (Perbadanan)(Pindaan ) 2011[Akta 1398] yang mula berkuatkuasa pada 1 September 2011  bertujuan untuk memperkemaskan tadbir urus MKM supaya dapat merancang dan menjalankan program yang inovatif dan kreatif bagi meyokong pembangunan gerakan koperasi.

MKM pernah diletakkan di bawah beberapa kementerian antaranya  Kementerian Pertanian dan juga Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi.  Pada tahun 2009, MKM telah diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

Jawatan Kosong 2013 di Maktab Koperasi Malaysia atau MKM adalah seperti berikut :

1. Pegawai Latihan
2. Penolong Pegawai Tadbir
3. Pembantu Tadbir (Perkeranian /Operasi)

Tarikh Tutup Permohonan: 25 Julai 2013

LINK

0 Response to "Jawatan Kosong Maktab Koperasi Malaysia "

Post a Comment