Latest Updates

Jawatan Kosong Di Pejabat Menteri Besar Johor - 15 November 2013

Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Negeri Johor atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Pejabat Menteri Besar Johor bagi jawatan seperti berikut:-

1. NAMA JAWATAN : PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN

Taraf Jawatan : KONTRAK
Kumpulan Perkhidmatan : SOKONGAN
Skim Perkhidmatan : PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN
Gred : N17
Jadual Gaji : GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM
RM927.03 RM3,089.68
KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN = RM95.00
Lain-lain Imbuhan :Imbuhan Tetap Khidmat Awam - RM 115.00
Imbuhan Tetap Perumahan - RM 180.00 Elaun Sara Hidup - RM 300.00
KWSP

2. SYARAT LANTIKAN:-
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan ( Gaji permulaan : RM927.03 ) dan;
d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan ( Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan dalam Bahasa Inggeris dan mengendalikan computer)

3. PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
Pegawai yang dilantik adalah sentiasa tertakluk kepada syarat dalam Skim Perkhidmatan jawatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat dari semasa ke semasa.

4. CARA MEMBUAT PERMOHONAN
(a) Permohonan hendaklah dengan menggunakan Borang MBJ.01 yang boleh diperolehi daripada pejabat ini secara PERCUMA dengan cara datang sendiri pada waktu pejabat atau dimuat turun di sini ( Sila muat turun disini)
(b) Pemohon juga boleh mengemukakan ‘resume’ yang mengandungi maklumat-maklumat seperti berikut :-
(i) Biodata yang lengkap
(ii) Pengalaman kerja
(iii) Kemahiran bahasa dan komputer
(iv) Lain-lain maklumat berkaitan
(c) Borang permohonan yang lengkap dipenuhi hendaklah dihantar salinan sah dokumen-dokumen berikut:
(i) Sijil Kelahiran
(ii) Kad Pengenalan
(iii) Sijil berhenti sekolah
(iv) Lain-lain sijil/surat akuan berkaitan.
(v) Sekeping gambar berukuran passport.
ke alamat:-

PEJABAT MENTERI BESAR JOHOR
ARAS 4, BANGUNAN DATO‘ JA‘AFAR MUHAMMAD
PUSAT PENTADBIRAN KOTA ISKANDAR
79502 NUSAJAYA.

5. TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Sebelum atau pada 15 NOVEMBER 2013.

6. CATATAN AM:
i. Sila nyatakan Jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat pemohon.
ii. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
iii. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.
iv. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri.

Sumber

0 Response to "Jawatan Kosong Di Pejabat Menteri Besar Johor - 15 November 2013"

Post a Comment