Latest Updates

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB)


Nama Jawatan : Juruteknik Tingkatan Biasa
Bidang : Awam
Taraf Jawatan : Tetap
Gaji RM1,400 sebulan

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk dipertimbangkan bagi mengisi kekosongan jawatan Juruteknik Tingkatan Biasa (Awam), di Bahagian-bahagian TNB di seluruh Semenanjung Malaysia.

· Permohonan terbuka kepada Calon Luar sahaja. (Bukan dari kalangan Warga Kerja TNB atau Anak-anak Syarikat TNB).

Calon-calon yang berminat adalah dikehendaki membuat permohonan secara 'on-line'. Sila layari pautan seperti di bawah:

· http://emadis.tnb.com.my

Syarat Kelayakan

· Warganegara Malaysia.

· Mempunyai Sijil dari Politeknik tempatan atau Universiti-universiti yang diiktiraf oleh kerajaan dalam jurusan seperti berikut:

- Sijil Kejuruteraan Awam
· Minimum CGPA 3.00

· Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan lulus dalam mata pelajaran seperti berikut:

- Bahasa Inggeris
- Matematik
· Tidak rabun warna dan sihat tubuh badan. (Tidak menghidap sebarang penyakit kronik)
· Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan.
· Berkebolehan menggunakan Applikasi Komputer.
· Boleh bekerja dalam satu pasukan dengan baik.
· Sanggup untuk ditempatkan di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia.
· Keutamaan kepada calon lelaki.

Sila maklum bahawa sebarang permohonan tanpa melalui link di atas, serta permohonan secara manual tidak akan dilayan.

Tarikh Tutup permohonan adalah pada 13 September 2013.

0 Response to "Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB)"

Post a Comment